ASAS KERJA UKUR TANAH
Asas kerja ukur tanah adalah terdiri dari 2 bahagian kawalan yang perlu dilakukan apabila membuat sesuatu kerja ukur iaitu kawalan horizontal iaitu kawalan dari segi penggunaan bearing, jarak dan koordinit X,Y yg tepat mengikut Pelan Akui ( PA ). Ini dilakukan supaya jurukur tidak tersilap lokasi lot tanah tersebut dan mengukur tanah org lain pula. Kawalan horizontal ini perlu dilakukan dengan mencari 3 batu sempadan yg masih berkeadaan baik mengikut PA dan mematuhi jarak serta sudut yg dibenarkan. Dengan mempunyai 3 batu sempadan yg terbukti berkeadaan baik bakal mewujudkan apa yg dinamakan sebagai datum permulaan kepada pengiraan bearing, jarak dan juga koordinit.
Satu lagi kawalan adalah kawalan vertical atau aras laras iaitu kawalan kepada ketepatan ketinggian tanah itu dari paras laut yang di asaskan daripada Batu Aras Sementara ( TBM ) atau Batu Aras Tetap / Bench Mark jabatan ukur kerajaan ( BM jupem ).
Kalau bagi kawalan horizontal tadi jurukur perlu menggunakan 3 batu sempadan yg terbukti masih berkeadaan baik, asas kawalan vertical pula perlu menggunakan BM jupem yg juga terbukti masih berkeadaan baik. Untuk membuktikan yg BM jupem ini masih berkeadaan baik perlulah mencari sekurang kurangnya 2 biji dan di ukur dari satu ke satu yg berikutnya. Apabila terbukti baik barulah jurukur memindahkan aras kepada TBM yg dibuat sendiri di tempat yg selamat berdekatan tempat yg akan di ukur tadi.
Biasanya BM jupem ini ada di sepanjang tepi jalan utama pada kadar jarak setiap 2 kilometer, bercat putih dan berbentuk 4 segi serta ada tombol tembaga di atasnya. Di atasnya juga tertulis no rujukan BM tersebut contohnya BM B0020 dan aras sebenar BM ini boleh di rujuk kepada pejabat jabatan ukur dan pemetaan negeri atau daerah.
Sebenarnya kerja-kerja ukur ni terbahagi kepada banyak cabang tetapi cukuplah sekadar penulis menceritakan cabang yang asas dan terpenting saja di sini.
1.) Ukur Kadastral
2.) Ukur Strata
3.) Ukur Topografi
4.) Ukur Kejuruteraan
5.) Ukur Hidrografi
Gambar dari : http://ekogustian26.blogspot.com
PERALATAN KERJA UKUR TANAH
Kesemua bidang kerja ukur tanah yg aku tulis di atas kecuali ukur hidrografi adalah menggunakan peralatan yg sama. Peralatan asas yg selalu digunakan adalah teodolite, total station, dumping level, auto level ( “teropong ukur” bagi mereka yg tak tahu dan faham ), setaf ( pembaris gergasi ), tripod ( kaki tiga ), tribatch, prism, plumbob ( ladung besi ), ranging pole, tali dan benang, tape ukur, bubble, cat, paku, hammer, parang, kayu peg, buku, pen dan tak lupa yg terpenting adalah kalkulator program spt Casio FX 603P atau FX 601P.
Kalkulator ni adalah ibarat nyawa bagi seorang jurukur tanah kerana tanpa kalkulator ni amatlah susah untuk dibuat sebarang pengiraan. Bukan sekadar kalkulator biasa tetapi kalkulator dari jenis saintifik dan boleh diprogramkan. Harganya pula mahal nak mampus skrg ni kalau dulu pada tahun 1995 tak sampai RM300 tapi skrg ni dah menjadi lebih dari RM800 dah tu susah nak dapat pulak.
إرسال تعليق