Pengenalan |
|
Di bawah RMKe-9, sektor pertanian diberi tumpuan yang khusus terutamanya aktiviti-aktiviti pengeluaran dan nilai tambah yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan sektor pertanian sebagai penjana pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekanan diberikan kepada beberapa aspek pembangunan pertanian termasuk pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.
Program Ladang Kontrak adalah salah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. Program ini di jalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. melibatkan Jabatan/Agensi seperti:
|
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
- Jabatan Pertanian
- Lembaga Pertubuhan Peladang
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
- Agrobank
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah
- Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak
|
Objektif Ladang Kontrak |
|
Objektif utama yang telah ditetapkan bagi Program Ladang Kontrak adalah;- |
- Menjamin pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar;
- Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik;
- Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian Baik (GAP);
- Mempercepatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan;
|
Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak sebagai pengeluar dan FAMA/Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bertindak sebagai pembeli dan bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman di mana petani mengeluarkan hasil tanaman mengikut jenis, varieti, kualiti, gred, pembungkusan dan jadual pengeluaran yang ditetapkan.
Bagi pengeluaran buah-buahan, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang kelompok di samping usahawan dan pengeluaran individu di bawah Jabatan/Agensi dan pengeluaran individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
|
|
Faedah Ladang Kontrak |
|
Antara faedah yang diperolehi dengan menyertai ladang kontrak ialah:- |
- Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
- Menjana dan menambah pendapatan
- Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada agensi dan jabatan
- Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan
- Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian
|
Kaedah Perlaksanaan |
|
Kaedah pemasaran bagi program ladang kontrak dilaksanakan melalui 2 cara. Iaitu :- |
- Pengaturan Pasaran
- Pengeluar dengan Pengilang/Pemproses
- Pengeluar dengan Institusi (hyper/supermarket )
- Pengeluar dengan Pengumpul / Peraih / Pemborong
|
- Belian Terus Oleh Fama
- Kontrak Belian Mengikut Peratus
- Kontrak Pajakan Bermusim
|
Belian Terus Oleh Fama |
- Belian Mengikut Peratus
- Penghasilan 50 % dijual kepada FAMA dan baki 50% dijual oleh pengusaha sendiri
(Maksud 50% adalah penjualan mengikut hari secara bergilir bagi penghasilan semua gred yang diikat kontrak)
- Menandatangani perjanjian kontrak ladang
- Belian Kontrak Pajakan Bermusim
- Pendahuluan boleh di beri tidak melebihi 20% daripada hasil pengeluaran
- Pendahuluan di kira sebagai hutang dan akan di tolak dari hasil yang di jual kepada FAMA
- Menandatangani perjanjian kontrak ladang
|
Pemasaran Hasil Ladang Kontrak |
|
Semua hasil pengeluaran Ladang Kontrak akan dipasarkan melalui saluran-saluran berikut :- |
- Pasar Borong/ TEMAN/ Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
- Rangkaian Hypermarket dan Supermarket
- Peruncitan – Pasar Tani, Pasar Malam dan rangkaian pasar mini/kedai
- Pembeli institusi seperti MAS, IPTA dan Maktab Perguruan
- Usahawan Industri Asas Tani
- Eksport
Perkhidmatan Sokongan Dari FAMA |
|
- Kemudahan Infrastruktur
Infrastruktur disediakan di peringkat ladang bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pemasaran. Kemudahan yang disediakan ialah Pusat Pengumpulan Ladang yang berfungsi sebagai tempat menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Peralatan yang sesuai akan disediakan mengikut keperluan aktiviti pengendalian tersebut.
- Maklumat Pasaran
Maklumat pasaran disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Maklumat pasaran yang disediakan adalah seperti berikut:-
- Maklumat harga (di peringkat ladang, borong dan runcit)
- Maklumat bekalan dan permintaan
- Kajian potensi pasaran
- Senarai perantara pasaran
- Khidmat Nasihat dan Rundingan
Khidmat nasihat disediakan bagi membantu dan memudahkan pengeluar membuat keputusan memilih jenis tanaman atau ternakan yang ingin diusahakan dan yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Panduan pemasaran juga disediakan bagi memudahkan pengeluar memasarkan hasil keluarannya dengan lebih berkesan.
- Penerokaan dan Pembangunan Pasaran
Penerokaan dan pembangunan pasaran dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengeluar mendapat pasaran bagi hasil yang dikeluarkannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar negara melalui misi perdagangan, promosi, pameran, ekspo dan lawatan.
|
Perkhidmatan Sokongan Dari Jabatan/ Agensi Lain |
|
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
- Pembiayaan infrastruktur asas
- Penyaluran input awal
- Pembiayaan infrastruktur pengeluaran dan pemasaran
- Pengaturan program latihan
- Penyediaan kemudahan komunikasi/ICT
- Jabatan Pertanian
- Khidmat nasihat pengembangan
- Bantuan insentif pertanian
- Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
- Penyertaan skim SALM
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
- Bantuan Input Petanian
- Bantuan Bahan Input Tambahan
- Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
- Kemudahan Infrastruktur
- MARDI
- Research & development
- Perkhidmatan bimbingan
- Program latihan
|
Kumpulan Sasar |
- Petani/Peladang/Penternak individu
- Projek berkelompok
- Pengeluar komersil
- Projek-projek di bawah agensi kerajaan
|
Syarat-syarat Untuk Menyertai Ladang Kontrak |
- Individu Perseorangan/Kelompok Petani/Syarikat
- Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan/sewaan yang sah disisi undang-undang
- Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan
- Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah yang diusulkan
- Mempunyai modal kerja yang mencukupi
|
Komoditi Dalam Ladang Kontrak |
|
13 jenis buahan yang tersenarai di dalam Ladang Kontrak ialah:- |
- Belimbing – B 10, B 17
- Betik – Eksotika, Sekaki/Hong Kong, Subang/Batu
- Mangga – Chokanan, Harumanis
- Nanas – Morris, Josaphine, N 36, Gandul
- Tembikai – Merah Tanpa Biji, Wangi, Golden Langkawi
- Pisang – Berangan, Mas, Cavendish, Tanduk, Rastali
- Jambu Batu – Thai Tanpa Biji, Kampucea GU 8, Klom Toon Klao GU 9, Klom Sali GU 10
- Pitaya – Isi Merah, Isi Putih
- Limau – Madu, Bali KK2/Melonmas, Bali PO 51/Sha Ting, Bali PO 52/Tambun
- 10. Nangka – J 31/NS 1, J 29
Cempedak – CH1, CH27, CH28, CH32
- Rambutan – Anak Sekolah, Deli
- Manggis
- Durian – D 24, D 101
|
16 jenis sayur-sayuran yang tersenarai dalam ladang kontrak ialah: |
- Cili – Kulai, Batu Pahat, Minyak, Korean Hot (hybrid) (bawah pelindung hujan& serangga)
- Tomato – Holand:1039, 322, 263, Denmark 163, Baccarat (sistem fertigasi)
- Kubis – KY Cross (tanah tinggi), Tropicana
- Kacang Buncis – White Flower/putih
- Kacang Panjang – 388, 328
- Kacang Bendi – Hijau (5 segi), Putih (7 segi), 989
- Timun – 118, 980
- Terung – 302, 312, 1540
- Petola – tempatan terpilih, F1 (Thailand-hijau/putih)
- Halia Tua - Bentong
- Labu – Taiwan 767
- Keledek – VitAto, tempatan terpilih
- Ubi Kayu – kuning, putih, Sri Pontian
- Tebu - Telor
- Jagung – F1 522, 969
- Roselle – UM-UKL 1
Sumber : www.fama.gov.my
|
|
Post a Comment