Berita dari Veteran ATM


Peluang Pekerjaan & Kursus utk Veteran ATM di bawah Projek Penanaman Rock Melon- Strategi Lautan Biru Ke-3 @ National Blue Ocean Strategy 3 (NBOS3)

Projek penanaman rock melon di tanah seluas 1.4 hektar milik Kementerian Pertahanan adalah satu projek kerjasama di antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).  Projek yang terletak di KM 6.8, Jalan Nilai-KLIA  diuruskan oleh Syarikat Melonaire Sdn Bhd dan dijangka menjana pendapatan bersih sebanyak RM100,00 untuk setiap tuaian.  Penananam rock melon ini menggunakan teknologi fertigasi struktur pelindung hujan yang dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer dan hanya mengambil masa 70 hari untuk memboleh hasil dituai dan setahun dapat dilakukan sebanyak 4 kali.

Semasa lawatan YBhg Dato’ Sri Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negera ke tapak projek tersebut, beliau telah mencadangkan agar baki tanah sebanyak 4 ekar bersebelahan tapak projek sedia ada turut dibangunkan dengan tanaman tersebut bagi melatih dan membantu bekas tentera.  Peruntukan Dana Micro-PPP dibawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) juga telah diluluskan untuk membangunkan projek fasa ke-2 ini. 
Secara keseluruhannya, tapak projek ini berpotensi sebagai destinasi agro-pelancongan yang terkenal berdasarkan faktor lokasi projek yang strategi, kerana terletak di laluan utama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Veteran ATM yang berminat digalakkan untuk menghadiri kursus penanaman rock melon di tapak yang sedia.  Sila hubungi Puan Sohana binti Ali untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus penanaman rock melon di talian 03-2050 8027 atau melalui emel sohana@mod.gov.my .
Projek fasa ke-2 projek penanaman rock melon di kawasan seluas 4 ekar  telah dimulakan dan proses pengambilan Veteran ATM sebagai pekerja akan dilaksanakan mulai April 2013.  Sila hubungi Mejar Md Zuhri bin Man, TUDM ditalian 03-2050 8026 atau melalui emel zuhri@mod.gov.my untuk maklumat lanjut.






Post a Comment

Previous Post Next Post