Kelab MYAGROSIS



Kelab MYAGROSIS adalah kelab yang ditubuhkan untuk para siswazah IPTA & IPTS seluruh negara yang berminat menjadi usahawan tani.

Kelab ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Haji Omar pada 24 Oktober 2011 di UiTM Merbok, Kedah UiTM juga telah dipilih sebagai tuan rumah yang menjadi perintis penubuhan kelab ini Setakat ini seramai 355 orang para siswazah telah mendaftar sebagai ahli Kelab MYAGROSIS dan telah menerima kad keahlian oleh pihak Agrobank selain turut menerima buku akaun simpanan, kad ATM beserta kad perlindungan insurans

Objektif
Menyediakan kemudahan kredit berasaskan prinsip syariah kepada usahawan yang telah menamatkan pengajian dan berminat untuk meneruskan momentum aktiviti pertanian :
Untuk melahirkan usahawan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi di dalam bidang pertanian bagi memenuhi keperluan pihak industri seterusnya mengurangkan kadar siswazah menganggur dalam negara Untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka

Skop pembiayaan
Semua sektor ekonomi bersaiz mikro yang meliputi kesemua peringkat aktiviti iaitu pengeluaran, pemprosesan, perkhidmatan dan pemasaran berasaskan pertanian selaras dengan kehendak syarak.

Had pembiayaan
Had pembiayaan sehingga 100% daripada keseluruhan kos dengan jumlah maksima pembiayaan sehingga RM30,000.00

Kelayakan
Kelayakan pemohon dan kelayakan perniagaan

Ahli Kelab MyAgrosis
Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian TInggi Swasta (IPTS) atau tamat Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) atau Diploma Lanjutan Kemahiran yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Dokumen yang diperlukan
Kad MyAgrosis
Salinan Ijazah/Diploma/Sijil (yang disahkan / bukti tamat pengajian)

Tempoh pembiayaan
Sehingga 36 bulan (3 tahun)

Tempoh penangguhan
Tidak melebihi 6 bulan

Kadar keuntungan
Serendah 4% setahun atas baki bulanan

Cagaran
Tiada sebarang jaminan diperlukan untuk pembiayaan ini

Lain-lain syarat
Tertakluk kepada polisi semasa Bank




Post a Comment

Previous Post Next Post