(Hadis Qudsi): Allah berfirman: “Adalah Aku satu perbendaharaan yg tersembunyi, maka inginlah Aku supaya diketahui siapa Aku, maka Aku jadikanlah makhlukKu, maka dgn Allah mereka mengenal Aku”. Kehidupan dan Alam penuh dgn rahsia2 tersembunyi. Rahsia2 itu tertutup oleh hijab. Di antara hijab itu ialah hawa nafsu kita sendiri. Tetapi rahsia itu mungkin terbuka dan dinding hijab itu mungkin tersingkap dan kita dapat melihat dan merasai atau berhubungan langsung dengan yang terahsia, asal kita sudi menempuh jalanNya, jalan itulah yang dinamakan tarekat. Tarekat berarti cara atau jalan mendekati Tuhan utk “Makrifat” bahwa adanya makhluk ini, kerana Tuhan sebagai Khalik ingin dikenal siapa Dia. Kesedaran sbg makhluk, merupakan dorongan utk berkeinginan mencapai Makrifat yakni mengenal Tuhan atau “Liqa Allah”. Ciptaan dan hakikat makhluk dan Khalik adalah dua kenyataan yang saling menggenapi, “Tanpa Khalik tidak mungkin ada makhluk”. Tuhan tanpa mahlukNya tidak ada sesuatu yang akan mengenalNya.
Post a Comment