Tuan Guru Haji Omar Banggol Kulim

1 Hari 1 Ulama
Tuan Guru Haji Omar Banggol Kulim ( 1882 -  1962 )

Oleh : Tengku Yusuff

Beliau dilahirkan di Kampung Tanjung Jering, Bachok, Kelantan dan mendapat didikan awal agama daripada kedua orang tuanya . Ibunya yang bernama Wan Salamah Binti Wan Tahir berasal dari Patani . Mereka mempunyai pertalian saudara dengan Syeikh Daud al Fathani .

Diantara guru guru beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Umar Bin Ismail Nuruddin Sungai Keladi
2. Tok Kenali
3. Lebai Idris - Anak murid Tok Konok

Di Pondok Tok Kenali , beliau telah bersahabat rapat dengan beberapa alim ulamak yang lain iaitu :

1. Syeikh Haji Othman Jalaluddin Pondok Penanti
2. Tuan Guru Haji Yaakob Legor
3. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang
4. Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong
5. Tuan Guru Haji Ahmad Tok Kenali
6. Tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga 

Belau telah membuka sebuah pondok di Pulau Layat  kemudian di Pulau Gajah .

Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Yaakob Banggol Kulim
2. Tuan Guru Haji Abdul Latif Banggol Kulim - Anak beliau
3. Tuan Guru Haji Husin Hamat
4. Tuan Guru Haji Abdullah Haji Daud al Hafiz
5. Tuan Guru Haji Nik Mat Banir Belikong
6. Tuan Guru Imam Yusuf Gual - Imam Rantau Panjang
7. Tuan Guru Haji Muhammad Nur Idris - Penolong Pensyarah,Nilam Puri
8. Tuan Guru Haji Bilal Idris - Pulau Gajah

Tuan Guru Haji Omar amat ditakuti oleh tentera Jepun dan Siam kerana raut wajahnya yang sangat menggerunkan . Oleh sebab itu ramai penduduk kampung meminta beliau menyimpankan harta benda mereka seperti barang kemas dan duit supaya tidak dirampas penjajah .

Satu peristiwa telah berlaku , ada seorang Siam yang datang merompak di rumah menantunya . Beliau diberitahu hal itu, tidak beberapa hari Siam itu mati kerana dia memukul mukul kepalanya sendiri akibat tidak tenang rasa hati . Selain dari itu banyaklah peristiwa yang ganjil yang telah berlaku, kerana itu ada orang mengatakan Tuan Guru Haji Omar "keramat" .

Beliau meninggal dunia ketika berusia 80 tahun .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Post a Comment

أحدث أقدم