Projek Kelompok Agro Puteri

Penulis akan mengimbau kembali sejarah rentetan pelaksanaan Projek Kelompok Agro Puteri ini.  Projek Kelompok Pertanian pertama sekali disuarakan oleh En Suhaimi bagi memberi peluang kepada Koperasi Pahlawan Berhad untuk memulakan aktiviti perniagaan pertama setelah ditubuhkan.  Penasihat bagi projek ini adalah Tuan Rahim daripada FAMA. Pertama sekali penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana hasil usaha yang tidak pernah putus-putus sehingga terbentuknya Projek Kelompok Agro Puteri ini.














Mesyuarat kali pertama diadakan pada 15 Mei 2012 bertempat di Hentian Angsa Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kehadiran andalah terdiri daripada usahawan  tani dari kawasan Desa Kundang, Bandar Tasik Puteri, Kuang dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Pahlawan Berhad.   Perbincangan berlangsung selama 4 jam dan berakhir dengan membuat lawatan ke tapak projek.  Perbincangan pertama tidak mendapat keputusan muktamat. Penantian mengambil masa hampir enam (6) bulan.

Akhirnya setelah sekian lama tidak mendapat maklum balas dari kumpulan pertama maka pada awal Febuari 2013 dengan sepakat En. Suhaimi  telah menubuhkan kumpulan kedua.  Tuan Rahim masih lagi sebagai penasihat telah bersetuju untuk meneruskan Projek Kelompok Agro Puteri ini.  Secara rasminya pada bulan Mac 2013 mesyuarat kedua telah diadakan di Rawang dengan keahlian seramai 16 orang telah terbentuk dengan jayanya.  Maka hasil perbincangan maka tercetuslah idea oleh En Saiful untuk memberi nama projek ini sebagai "Projek Berkelompok Agro Puteri".  Penulis akan kemaskinikan gambar untuk projek Agro Puteri ini dari masa kesemasa dalam penulisan yang akan datang.



















































Post a Comment

Previous Post Next Post